Thursday, October 20, 2011

Lembutnya hati

Payah sungguh bila hati ni mudah mengikuti,
walhal dbelakang tadbir tiada sape amik peduli,
bukan senang nak mengelak kemahuan dituruti,
asal kerja jalan, semua lega, hmmmm diri disakiti.

Puas dimarahi dan diteguri,
maaf kan empunya diri yang masih begini,
harta duniawi alasan untuk berdiri,
walaupun menderita dan hilang keikhlasan sanubari.

Bukan tidak mahu menyebelahkan diri,
demi ukhwah yang terbina dan keberkatan ilahi,
complain mereka hanya mampu dipendam dan diratapi sendiri,
kelembutan hati sering disalah erti.

Runsing dan serabut demi sebuah penyelesaian,
masalah demi masalah meruntuhkan pegangan diri,
orang kata jaga diri dulu baru peduli hal lain,
hmmm da kata lembut hati sendiri tanggung penyeksaan abadi.

Hidup ini banyak kisah tersirat selepas tersurat mendahului,
sampai kekadang air mata tidak disedari membasahi pipi,
perit dan penat telinga dimarahi bertubi-tubi,
namun semua hanya dicatat di diari.

No comments:

Post a Comment