tersentap aku dikala itu,
sehinggakan ulser jadinya bibir atas ku gigiti,
aku masih dibayangi ketakutan itu,
walaupun kisahnya diikhitharkan selesai
tergamam terkedu aku membisu,
tatkala aku binggung tak tahu,
melihat dikau dilanggar sebegitu,
aku hanyut di alam aku
terus aku terbayang anak kecil itu,
yang dilanggar van dan lori tanpa rasa kasihan,
namun aku tidak sekejam itu,
walau aku terkoma diatas kerusi memeluk stering kereta kesayangan
ya memang aku sayang kereta hasil titik peluh selama ini,
tapi maafkan aku kerna letak kau kedua ketika itu,
ketakutan lebih banyak menghantui jasad dan sanubari,
air mata mengalir bukti kegagalan aku
tangisan aku tiada kesudahan,
adik yang kesakitan namun aku yang berlebihan ,
bukan untuk meraih simpati diatas kealpaan,
tapi kerana aku gagal mengawal emosi dan aku dihimpit kekesalan
duhai adik kecil yang menjadi mangsa keadaan,
maafkan akak diatas kelekaan keluar simpang,
mohon adik cepat disembuhkan,
agar adik seronok menghadapi hari mendatang
wahai haikal si baju kuning menyala,
inilah pertama dan terakhir akak janjikan,
menjaga adik-adik dan bukan hanya berkata-kata,
walaupun memandu di sana sudah tidak meyakinkan
untuk rakan-rakan seperjuangan,
izinkan aku mengangkat bendera putih itu,
melepaskan pikulan menjadi pemandu dan pengawal keselamatan,
demi tidak menyakitkan sesiapa lagi disitu
aku hanya manusia biasa,
yang sentiasa dihimpit kegagalan dalam kemenangan,
memang manis lagi-lagi mengenggami kejayaan luar biasa,
namun kepahitan yang harus ditelan sangatlah perit dirasakan
orang kata bila sangat hepi mesti kan datang kesedihan,
mungkin itu lah suratan yang ditakdirkan,
agar aku lebih berwaspada dimasa hadapan,
dan bersyukur diatas kenikmatan umur yang dipanjangkan
seperti biase...mantop!!
ReplyDeleteorg tgh sedih la nie nuyu..=(
ReplyDelete