Monday, June 27, 2011

Duhai hati

Duhai hati,
Bagaikan terhantuk sesudah lama disesati hasutan nafsu menyesatkan.
Bimbang akal makin dirosakkan dengan syak wasangka buruk yang menjahanamkan keimanan.
Bagaikan terlecur sesudah dihempap batu besar berlava api di pergunungan.
Bimbang  jiwa makin terus rentung bersama nyalaan persoalan yang makin merumitkan.

Duhai hati, 
Mungkin pelbagai soalan bermaharajalela dan meruntuhkan separuh keimanan dijiwa.
Mungkin pelbagai kebarangkalian dosa kau simpulkan sebagai penyesalan disebalik kejadian tersurat ini.
Mungkin jua sebagai ujian memantapkan iman dan ilmu didada.
Mungkin jua semuanya dikau tidak mengerti.
Mungkin dikau membenci, tapi kebaikan adalah pengakhirannya.
Mungkin dikau menyukai pula, tapi kehancuran dan kebinasaan yang tertulis disini.

Duhai hati,
Inilah derita kehidupan yang bukan untuk dilemahkan tapi untuk diduga.
Indah atau sengsara bukan penentunya tapi jaminan Syurga adalah jawapannya yang dicari.
Impian hidup bagaikan menggunung hanya dirancang agar lebih mengenal-Nya.
Iringan bebanan tidak kan lebih keupayaan kudrat insani.
Iman diteguhkan, Redha diiringi di setiap ketika.
Istigfar berpanjangan mengelak keraguan menjadi kemudharatan diri. 

Duhai hati, 
Dahulu dikau berasa lemah dan bersedih hati, padahal darjat yang tinggi adalah janji-Nya.
Disertakan iman yang teguh, mengubah 1001 alasan kepada jawapan.
Disingkap hikmah yang tersembunyi disebalik setiap ujian-Nya. 
Dambaan teragung kebahagian sejati yang pasti menjadi kepunyaan.  

Duhai hati,
Terpujuk sungguh kini dgn bait2 kate  yg diiring bersame ayat suci Al-Quran itu.
Terharu sungguh hati bile setiap masalah dungkaikan dgn jawapan tersirat sebegini.
Tersentuh sungguh naluri diri yang hampir rebah ke bumi ini.
Terimalah sungguhnya mimpi kekecewaan dan kegagalanmu yang terpahat dulu ada kemanisan diakhir nanti.

No comments:

Post a Comment